Agensi terbabit bidang pendidikan, pelancongan perlu bantu atasi masalah
TIDAK
cukup dengan masalah pendatang dari Indonesia, Bangladesh dan China,
kita kini dibebani dengan kebanjiran warga Afrika yang sejak akhir-akhir
ini dilaporkan semakin berani melakukan jenayah.
Kejadian kira-kira 200 lelaki Afrika merusuh apabila seorang rakan
mereka mati dibelasah kerana mencabul wanita tempatan di Hulu Langat
kelmarin, mengesahkan kebimbangan umum bahawa kehadiran semakin ramai
golongan itu, seperti juga pendatang dari negara lain, bukan saja boleh
mengganggu kehidupan rakyat tempatan tetapi mengundang tindak balas
mereka.
Semakin banyak kawasan perumahan terutama pangsapuri sederhana di
kawasan yang dulunya tidak didiami warga asing, menjadi tempat tinggal
mereka. Begitu juga dengan pusat hiburan dan pub tertentu yang bagaikan
khusus untuk mereka pada malam hujung minggu. Tidak keterlaluan jika
dikatakan, karenah mereka apabila bilangan bertambah ramai di negara ini
sekarang, tidak banyak berbeza dengan rakyat keturunan Afrika Amerika
di New York, Detroit atau Washington DC, seperti dilihat dalam filem
Hollywood.
Kita tidak pasti sama ada warga Afrika yang ditemui
hampir di setiap ceruk di Lembah Klang sekarang masuk ke negara ini
untuk belajar, melancong, bekerja atau melakukan jenayah seperti menipu
dan mengedar dadah.
Walaupun tidak dinafikan sebahagian mereka
memang menuntut di kolej dan universiti swasta, ramai juga yang
dilaporkan hanya menjadikan kemasukan ke kolej sebagai alasan untuk
tinggal di negara ini. Malah ada yang menjelaskan yuran pengajian untuk
setahun tetapi tidak mengikuti pengajian, sebaliknya melakukan aktiviti
lain berunsurkan jenayah.
Baru-baru ini Parlimen diberitahu,
pelajar asing warga Afrika mencatatkan kes paling tinggi bagi kesalahan
penyalahgunaan pas pelajar sejak 2009 hingga tahun lalu. Statistik
Jabatan Imigresen menunjukkan 54 pemegang pas pelajar ditangkap dan
daripada jumlah itu, 24 adalah warga Afrika. Itu yang dapat dikesan dan
hanya membabitkan pemegang pas pelajar.
Laporan akhbar ini minggu lalu mengenai sindiket antarabangsa warga
Afrika menjadikan wanita tempatan sebagai keldai internet untuk menipu,
bukan sesuatu yang mengejutkan. Jika wanita boleh diumpan dengan
kata-kata manis mereka untuk menjadi keldai dadah, tentulah lebih mudah
menggunakan mereka untuk tujuan lain.
Kisah di YouTube mengenai
seorang wanita Australia menjadi mangsa penipuan warga Afrika, sehingga
polis negara itu datang ke sini untuk memerangkap suspek tidak lama
dulu, sekali lagi meletakkan Malaysia di tempat yang salah di mata
dunia.
Walaupun indeks jenayah negara ini dilaporkan semakin
menurun dan Malaysia diuar-uarkan sebagai antara tempat paling selamat
untuk dilawati, apa yang kita baca, dengar dan lihat setiap hari
terutama membabitkan warga asing, cukup membimbangkan.
Hampir
setiap hari kita mendengar kegiatan jenayah yang dilakukan oleh kumpulan
ini, daripada pergaduhan sehingga penyalahgunaan dadah.
Kalau
dulu hanya pendatang dari Indonesia dan Bangladesh yang menghuni kawasan
setinggan atau flat kos rendah di Subang Jaya, Damansara Utama atau
Ampang, warga Afrika dilihat lebih mewah dengan menyewa pangsapuri atau
rumah teres dua tingkat.
Jika pendatang Indonesia banyak
menggunakan motosikal dan rakyat Bangladesh berbasikal, kebanyakan warga
Afrika berkereta. Yang menimbulkan tanda tanya, di manakah mereka
mendapat wang untuk gaya hidup yang agak mewah berbanding pendatang dari
negara lain?
Memang dari satu sudut, negara yang menjadi
tumpuan rakyat asing biasanya menawarkan kemakmuran, destinasi
pelancongan atau pusat pendidikan seperti Amerika Syarikat, United
Kingdom atau Australia.
Dari sudut lain pula, kehadiran terlalu
ramai warga asing tidak bermutu dan melakukan aktiviti negatif turut
memberi gambaran ada sesuatu yang tidak kena dengan dasar imigresen atau
penguatkuasaan membabitkan peraturan kemasukan rakyat asing.
Kita
tidak tahu di mana silapnya Malaysia dalam hal ini. Bagaimanapun,
anggapan banyak pihak termasuk agensi penguatkuasaan bahawa Pekeliling
Imigresen 2006 yang tidak membenarkan pegawai imigresen di pintu masuk
negara bertanyakan kepada pelancong asing berapakah jumlah wang mereka
bawa, turut menyumbang kepada masalah ini, mungkin ada kebenarannya.
Pelawat
ke kebanyakan negara maju bukan setakat ditanya berapa duit yang
dibawa, diminta menunjukkan tiket balik dan memberikan alamat tempat
tinggal di sana, malah diminta memberikan nama penaja atau kenalan.
Sekurang-kurangnya
cara mereka menjawab soalan itu boleh memberi bayangan kepada pegawai
terbabit sama ada berbohong atau sebaliknya, sekali gus memudahkan
mereka membuat saringan.
Bagaimanapun, pekeliling itu mungkin
faktor kecil tetapi banyak lagi faktor lain seperti penguatkuasaan dan
pemeriksaan berkala oleh pihak berkuasa ke atas warga asing terutama
yang masuk menggunakan pas pelajar.
Berbanding rakyat Indonesia,
Bangladesh, China, Vietnam dan Filipina yang mudah menyamar sebagai
penduduk tempatan, warga Afrika senang dikenali, sekali gus memudahkan
pihak berkuasa.
Lebih penting lagi, tanggungjawab mengawal
kemasukan warga asing ini tidak harus diletakkan di bahu Jabatan
Imigresen semata-mata. Agensi lain yang terbabit di bidang pendidikan
tinggi, pelancongan dan pekerjaan perlu sama-sama menangani masalah ini.
Janganlah kerana keghairahan kita menjadikan negara pusat
pendidikan tinggi; meningkatkan kedatangan pelancong atau mengisi
kekosongan di sektor pekerjaan, keselamatan negara dan kesejahteraan
rakyat tempatan menjadi taruhan.
No comments:
Post a Comment