“Ikatan yang terbina ini jangan biar terlerai agar hati kita tidak berkecai…”
Karya Rozita Abd. Wahab, Keluaran Alaf 21
PERKAHWINAN RAHSIA! Anis Razikin dan Hakim telah ditangkap khalwat dan dikahwinkan. Hahahah memang best dua2 ni. Perangkap ini telah dirancang oleh mak tiri Anis, Makcik Asmah. Perangkap ini dipasang untuk Anis dan Badrul tapi hakim plak yang kena. Anis anak tunggal dan ayahnya telah meninggal dunia dengan meninggalkan banyak tanah. Makcik Asmah memang tamakkan harta dan gunakan Badrul iaitu anak sedaranya.
Hakim seorang playboy, hensem dan memang menarik. Dia datang ke kg Anis dengan mengikut Azhar iaitu kawan kuliahnya. Pada malam kejadian, Anis ditinggalkan seorang oleh mak tirinya dan Anis minta bantuan Azhar untuk mengambilnya. Hakim dan Anis ditangkap khalwat ketika Azhar mengejar pencuri rumah itu. Ha kawen koboi r dedua ni…..
Perkahwinan ini hanya diketahui oleh keluarga Azhar dan orang kampong. Mereka membuat hal masing2 di universiti. Hakim yg memang playboy bertambah playboy dan Anis akan dimarahi oleh Hakim jika keluar dengan lelaki. Pelik tul Hakim ni. Hakim tak dapat terima perkahwinan ni dan rasakan Anis adalah beban padanya. Anis plak tak pedulikan amaran Hakim tapi masih menjaga status isteri orang. Azhar cuba menasihatkan Hakim untuk terima Anis sebagai isterinya.
Hemmm lelame Hakim ni dah tersayang ngan Anis ni dan cuba merapatkan dirinya dengan Anis. Dia memang cemburu dengan lelaki2 yg keluar ngan Anis. Uncle Ismail iaitu peguam ayahnya telah membantu Anis menguruskan harta2 Anis. Tanah Anis telah dijual dan duitnya dilaburkan. Anis telah dibawa ke PD iaitu rumah mertua rahsianya. Anis dikenalkan oleh Hakim sebagai kakak angkat adiknya Huda. Perangai Hakim memang sweet, dia sering tunjuk sayangnya pada Anis.
Hakim tinggal di PD dan Anis di KL bila Hakim mula bekerja dengan papanya Tuan Harun. Setiap minggu Hakim akan turun ke KL untuk berjumpa Anis di rumah yang disewanya. Hmmm memang romantic abis Hakim ni sampai Anis terjatuh cinta. Kawan2 Anis mula curiga bila Anis hilang pada hujung minggu. Cuak!Cuak!Anis cuak abis bila dia disahkan pregnant 7weeks. Perkahwinan rahsia dah tak bleh rahsia lagi dari kawan2nya. Hakim plak happy sesangat dan kerap plak turun KL tengokkan Anis. Sweetnya diorang ni.
Ha hubungan diorang kantoi ngan Tuan Harun. Hakim dihalau dari rumah dan Anis dicaci hendak rebutkan harta Hakim. Papanya marah sebab dia sudah berjanji dengan kawan niaganya untuk satukan Hakim dan Diana yang gedik. Azhar membantu Hakim dapatkan kerja di syarikatnya. Azrin iaitu secretary Tuan Fuad plak cuba goda Hakim. Hakim dikejutkan oleh Azrin apabila perkenalkan Anis sebagai pemegang saham terbesar di syarikat itu. Anis ni banyak duit sebetulnya.
Azhar telah dikecewakan oleh kekasihnya Umairah iaitu kawan sekampung Anis. Makcik Asmah juga memasang perangkap untuk Umairah dan Badrul. Akhirnya Anis selamat lahirkan baby girl Anis Zafira. Kejutan untuk Hakim bila Anis membeli rumah untuk mereka. Kejutan lagi bila Anis membeli saham 10% untuk Hakim dan meminta Hakim untuk kendalikan syarikatnya. Hakim memang bengang ngan Anis sebab banyak sangat rahsia.
Tuan Harun amat terkejut dengan kekayaan Anis dan menerima mereka semula di dalam keluarga. Makcik Asmah plak telah ditangkap polis kerana membunuh Badrul kerana rebutkan tanah getah di kg. Azhar mengambil Umairah sebagai isterinya walaupun bergelar janda. Anis dan Hakim yang terpaksa berkahwin bertambah bahagia di samping Anis Zafira.
No comments:
Post a Comment