3.21.2012

Apakah itu perasaan gembira ?


Apakah itu perasaan gembira?

Gembira bermaksud suka, bahagia, bangga, senang.
Bila saya rasa gembira saya akan menyanyikan lagu ini :

KALAU RASA GEMBIRA TEPUK TANGAN

Kalau rasa gembira tepuk tangan.... (2x)
Kalau rasa gembira begini lah caranya
kalau rasa gembira tepuk tangan

Kalau rasa gembira hentak kaki.... (2x)
Kalau rasa gembira begini lah caranya
Kalau rasa gembira hentak kaki

Kalau rasa gembira petik jari.... (2x)
Kalau rasa gembira begini lah caranya
Kalau rasa gembira petik jari

Kalau rasa gembira pukul paha... (2x)
Kalau rasa gembira begini lah caranya
Kalau rasa gembira pukul paha

Kalau rasa gembira sebut HURRAY.. (2x)
Kalau rasa gembira begini lah caranya
kalau rasa gembira sebut HURRAY

Kalau rasa gembira buat semua.... (2x)
Kalau rasa gembira begini lah caranya
kalau rasa gembira buat semua




Untuk menambah agar tajuk tentang gembira ini semakin lengkap, ada baiknya bila anda sendiri melengkapi dengan cara menambahkan pelbagai cerita tentang gembira melalui ruangan komen di bawah ini.

3.20.2012

Gambar seorang gadis yang ceria



















Ini adalah wajah gadis yang selalu ceria dan gembira dan selalu disayangi  Allah S.W.T  sepanjang masa.

Berita Dari Hati - Nurassyi Rashid





Sinopsis

Zaqyah hampir mengkhianati tali pertunangan dengan Aizzel. Gadis itu menerima lamaran Aizzel bukan atas nama cinta, tetapi kerana rasa kasihan. Lantas, saat dipujuk kekasih lama, Hazali, supaya mengikutnya berkahwin di sempadan, Zaqyah tidak berfikir panjang. Malangnya, kelibat Hazali tidak kunjung tiba di stesen kereta api, lokasi pertemuan seperti yang dijanjikan.

Gadis itu pulang dengan penuh kehampaan dan nekad mengotakan kata setuju yang sudah dilafazkan. Fikirannya menyuruh berlaku waras sedangkan hatinya masih tegar diulit memori indah bersama Hazali. Di gerbang perkahwinan, dia masih tidak mampu membuat pilihan dan akhirnya sengsara itu tetap menunggunya. Aizzel seorang suami yang gagal menterjemah cinta lantaran hati tersiat oleh ego lelaki yang keras seperti konkrit. Zaqyah tertanya-tanya mengapa semua lelaki yang dikenali sering mengecewakan hatinya.

2.28.2012

Buat Insan Yang Tersayang......

Puisi Cinta untuk Kekasih Tercinta

Puisi cinta untuk kekasih tercinta - Setiap orang pasti mempunyai rasa cinta, rasa kasih sayang, rasa saling mengasihi. Bagaimana anda mengapresiasikan rasa yang ada dalam diri anda kepada seseorang yang anda suka, yang anda cinta. mungkin puisi cinta untuk kekasih tercinta di bawah ini bisa sedikit membantu anda dalam mengapresiasikan cinta anda kepada seseorang.

Tersenyumlah saat kau mengingatku,
Karena saat itu aku sangat merindukanmu
Dan menangislah saat kau merindukanku,
Karena saat itu aku tak berada disampingmu.
Tetapi pejamkanlah mata indahmu itu,
Karena saat itu aku kan terasa ada didekatmu
Karena aku telah berada dihatimu untuk selamanya.

Tak ada yang tersisa lagi untukku.
Selain kenangan-kenangan yang indah bersamamu.
Mata indah yang dengannya aku melihat keindahan keindahan cinta.
Mata indah yang dahulu adalah milikku.
Kini semuanya terasa jauh meninggalkanku. Kehidupan terasa kosong tanpa keindahanmu.

Hati Cinta dan Rinduku adalah milikmu.
Cintamu takkan membebaskan bagaimana mungkin aku?.
Terbang-terbang mencari cinta yang lain.
Saat sayap sayapku telah patah karenamu,
Cintamu akan tetap tinggal bersamaku.
Hingga akhir hayatku dan setelah kematian.
Hingga tangan Tuhan menyatukan kita lagi.

1.22.2012

NOVEL : CINTA KONTRAK


Add caption

                                                      



Nur Alia Airysha, seorang gadis yang datang dari kampung ke Kuala Lumpur dengan niat untuk mengumpul duit demi keluarga dan membiayai kos pembelajarannya. Dengan bantuan sahabat Alongnya, Kak Yati, Airysha bekerja di sebuah butik terkemuka yang dimiliki oleh Datin Aleeya.



Muhammad Danial Franz, seorang pemuda kacukan Perancis yang berkelulusan dari luar negara kembali ke Malaysia dan bekerja di bawah daddynya, Dato' Eddy disebuah syarikat besar.

Takdir menemukan Airysha yang brutal dengan Danial yang ego di butik mommy Danial, Datin Aleeya! Danial cuba mendapatkan Airysha tanpa merendahkan egonya. Danial membawa Airysha untuk bertemu orang tuanya untuk dikahwinkan. Tetapi perkahwinan ini bersyarat! Kontrak yang direka Danial dipandang remeh oleh Airysha.

Disaat akad nikah hampir tiba, Airysha menyusun strategi untuk lari!, Airysha mengambil keputusan untuk membatalkan kontrak tersebut. Lantas sekeping kertas yang tertera kontraknya, dibuang. Apa yang bakal terjadi seterusnya? Adakah perkahwinan masih diteruskan? Bagaimana kehidupan Airysha selepas ini? Adakah masih terkurung disangkar yang disaluti emas? Bahagiakah dia? Bagaimana pula penerimaan Danial terhadap perangai brutal Airysha? Bila senduk bertemu kuali, bila api bertemu sumbu bom, apa yang akan terjadi?

"Kontrak! Kontrak! Kontrak! Tu je yang kau tau nak sebut? Yela! Yela! Aku yang buang. Aku tak puas hati dengan syarat-syarat dia. Ada ke aku sebagai seorang perempuan, kena tido atas sofa? Kau ni manusia takde hati, takde perut!" selorohku. Dalam masa yang sama, aku cuba melepaskan diri daripada rangkulannya. Danial mendengusperlahan.