Sinopsis
Zaqyah hampir mengkhianati tali pertunangan dengan Aizzel. Gadis itu
menerima lamaran Aizzel bukan atas nama cinta, tetapi kerana rasa
kasihan. Lantas, saat dipujuk kekasih lama, Hazali, supaya mengikutnya
berkahwin di sempadan, Zaqyah tidak berfikir panjang. Malangnya,
kelibat Hazali tidak kunjung tiba di stesen kereta api, lokasi
pertemuan seperti yang dijanjikan.
Gadis itu pulang dengan penuh kehampaan dan nekad mengotakan kata
setuju yang sudah dilafazkan. Fikirannya menyuruh berlaku waras
sedangkan hatinya masih tegar diulit memori indah bersama Hazali. Di
gerbang perkahwinan, dia masih tidak mampu membuat pilihan dan akhirnya
sengsara itu tetap menunggunya. Aizzel seorang suami yang gagal
menterjemah cinta lantaran hati tersiat oleh ego lelaki yang keras
seperti konkrit. Zaqyah tertanya-tanya mengapa semua lelaki yang
dikenali sering mengecewakan hatinya.