3.21.2012

Apakah itu perasaan gembira ?


Apakah itu perasaan gembira?

Gembira bermaksud suka, bahagia, bangga, senang.
Bila saya rasa gembira saya akan menyanyikan lagu ini :

KALAU RASA GEMBIRA TEPUK TANGAN

Kalau rasa gembira tepuk tangan.... (2x)
Kalau rasa gembira begini lah caranya
kalau rasa gembira tepuk tangan

Kalau rasa gembira hentak kaki.... (2x)
Kalau rasa gembira begini lah caranya
Kalau rasa gembira hentak kaki

Kalau rasa gembira petik jari.... (2x)
Kalau rasa gembira begini lah caranya
Kalau rasa gembira petik jari

Kalau rasa gembira pukul paha... (2x)
Kalau rasa gembira begini lah caranya
Kalau rasa gembira pukul paha

Kalau rasa gembira sebut HURRAY.. (2x)
Kalau rasa gembira begini lah caranya
kalau rasa gembira sebut HURRAY

Kalau rasa gembira buat semua.... (2x)
Kalau rasa gembira begini lah caranya
kalau rasa gembira buat semua




Untuk menambah agar tajuk tentang gembira ini semakin lengkap, ada baiknya bila anda sendiri melengkapi dengan cara menambahkan pelbagai cerita tentang gembira melalui ruangan komen di bawah ini.

3.20.2012

Gambar seorang gadis yang ceria



















Ini adalah wajah gadis yang selalu ceria dan gembira dan selalu disayangi  Allah S.W.T  sepanjang masa.

Berita Dari Hati - Nurassyi Rashid





Sinopsis

Zaqyah hampir mengkhianati tali pertunangan dengan Aizzel. Gadis itu menerima lamaran Aizzel bukan atas nama cinta, tetapi kerana rasa kasihan. Lantas, saat dipujuk kekasih lama, Hazali, supaya mengikutnya berkahwin di sempadan, Zaqyah tidak berfikir panjang. Malangnya, kelibat Hazali tidak kunjung tiba di stesen kereta api, lokasi pertemuan seperti yang dijanjikan.

Gadis itu pulang dengan penuh kehampaan dan nekad mengotakan kata setuju yang sudah dilafazkan. Fikirannya menyuruh berlaku waras sedangkan hatinya masih tegar diulit memori indah bersama Hazali. Di gerbang perkahwinan, dia masih tidak mampu membuat pilihan dan akhirnya sengsara itu tetap menunggunya. Aizzel seorang suami yang gagal menterjemah cinta lantaran hati tersiat oleh ego lelaki yang keras seperti konkrit. Zaqyah tertanya-tanya mengapa semua lelaki yang dikenali sering mengecewakan hatinya.