12.17.2012

Happy.....Happy.....Happy.....

You all nak tahu kena hari ini saya teramat HAPPY sangat...Cubalah teka kawan-kawan..Mungkin you all susah nak tekakan..Inilah kali pertama saya sangat HAPPY dalam hidup saya...Baru-baru ni my boy-friend mencadang aku untuk pergi menguruskan badan di slimming centre, tetapi aku mengatakan duit tak ada dan tak mampu nak ker tempat macam tu...Tiba-tiba dengan kuasa Tuhan S.W.T akhirnya doa aku pun termakbul...Impian yang yang aku idam-idamkan selama ini untuk menjadi kurus telah termakbul...Thank you Hubby kerana menyokong dan memberi semangat kepada Syg untuk kurus dan cantik seperti orang lain...THANK YOU HUBBY...LOVE U SO MUCH...MMUUAAHH....

http://2.bp.blogspot.com/-P1hZrBBarew/Tj5Sc77EDhI/AAAAAAAAAOE/WKlZRr9cIco/s1600/Gambar-kurus-gemuk.jpg

11.30.2012

Perkahwinan kawan serumah Norazaharnim Bakar (Aniem Bakar)




 Ni gambar perkahawinana kawan serumah aku namanya Norazaharnim Bakar (Aniem Bakar) yg telah berkahwin dengan Shahrizal Shaharudin (Cham) pada 4.11.2012 di Felda Cuping, Perlis di sebelah pihak perempuan dan di sebelah pihak lelaki pada 10.11.2012. Majlis kenduri yang diadakan sangat happening dan meriah. .Pakai yang dia pakai oleh kedua-dua pengantin sangat cantik dan sweet. Tahniah Norazaharnim @ Aniem yg telah sah bergelar isteri kepada Shahrizal @ Cham.



11.05.2012

MAKANAN ATKIN DIET


MAKANAN ATKIN  DIET

Semasa 2 Minggu :
2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya.

3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.

4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).

5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!

6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.

7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu.

8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.

9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.


Boleh Makan:

1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.

2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.

3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.

4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.

5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.

6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.

7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.

8.) Burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...

9.) Pizza? Makan topping sahaja.

10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.

Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan"!!



Contoh sarapan / Breakfast

1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)

Makan Tengahari / Malam

1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)

Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!

Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)

Makanan Yang ?Diharamkan? Selama 2 Minggu Induction

1. Minuman bergula seperti jus buah-buahan, air bergas (coke, sprite, pepsi), minuman berkafein seperti kopi, cappuchino, moccha, milo, barli, horlick, dll.
2. Sayuran berkarbohidrat timggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak.
3. Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).
4. Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
5. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
6. Kek, biskut dan semua produk bergandum.
7. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.
8. Kekacang, sama ada peanuts, pistachio, dll.
9. Mihun, mi biasa, pasta, spageti, macaroni.
10. Pizza, nachos, tortilla chips, doughnuts dan any other Fast Food.
11. Gula (tak kira gula putih, merah, gula melaka, artificial sweetener, madu lebah).
12. Nasi putih, pulut, brown rice. Setengah pinggan nasi putih ada 22 gram karbohidrat! Kalau 3 pinggan???